Keahlian ejen jualan TeamCetak adalah TERHAD. Kami tidak mahu terlalu ramai ejen di sebuah negeri atau kawasan. Ini bagi melindungi hak ahli kami di kawasan dan negeri tersebut.
Ejen bertangungjawab kepada setiap strategi pemasaran yang dilakukan, jika didapati melanggar syarat atau etika pemasaran, keahlian akan dilucutkan (bergantung kepada situasi kes).
TeamCetak TIDAK akan menanggung kos penghantaran tempahan yang dibuat dan kos ini perlu ditanggung oleh ejen atau pelanggan.
Terma dan syarat ini tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah TANPA notis pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan ejen dengan budi bicara pihak syarikat.
Bayaran pendaftaran keahlian seumur hidup sebanyak RM100. Bayaran RM100 untuk tujuan proses borang keahlian dan ejen juga akan menerima manfaat yang disediakan oleh TeamCetak:
Special Agent Price; terhad untuk cetakan pakaian sahaja. Tidak termasuk tempahan cenderamata.
SOFTCOPY katalog dan PRICE LIST disediakan.
Khidmat nasihat berkenaan bisnes tshirt printing & cara pengiraan harga.
Tips Marketing diberi.
Kami menyediakan Agent Group Whatsapp untuk perbincangan.
Tujuan yuran keahlian adalah untuk memastikan permohonan ejen hanya untuk yang serius hendak berniaga sahaja dan bukan untuk mendapat harga murah semata-mata, ini akan menganggu kelancaran perniagaan ahli-ahli sedia ada.
Permohonan akan diproses dalam tempoh 24 jam. Agen yang berjaya akan dihubungi melalui email atau whatsapp.
Yuran RM100 TIDAK akan dipulangkan sekiranya anda tidak aktif atau tidak berminat untuk terus menjadi ejen jualan kami.