Jersey Sublimation Custom: Proses, Fabrik & Tempahan
Jersey sublimation custom ialah jersi yang dicetak menggunakan kaedah sublimation printing. Rekaan boleh mengikut design pelanggan atau dipilih daripada katalog sedia ada. Kaedah ini sesuai untuk pasukan sukan, acara korporat dan komuniti kerana hasilnya konsisten, cepat siap dan berbaloi.
Kelebihan sublimation
Dengan sublimation, anda boleh mencetak penuh warna termasuk gradien, bayang dan elemen 3D. Selain itu, jersi terasa ringan, cepat kering dan selesa dipakai di cuaca Malaysia. Ia sesuai digunakan ketika bersukan atau aktiviti harian. Pilihan kolar juga pelbagai seperti round neck, V-neck dan kolar polo mengikut gaya pasukan.
-
Cetak penuh warna termasuk gradien, bayang dan elemen 3D.
-
Ringan, cepat kering dan selesa untuk cuaca Malaysia.
-
Sesuai dipakai bersukan dan juga aktiviti harian.
-
Pilihan kolar: round neck, V-neck, kolar polo dan lain-lain.

Fabrik yang disyorkan
Kebanyakan jersi menggunakan polyester atau microfiber berkualiti. Kedua-dua fabrik ini menyerap dakwat dengan baik, lalu warna kelihatan terang dan tahan cuci. Untuk harga lebih berbaloi, buat tempahan mengikut MOQ kilang. Ini membantu kami susun jadual pengeluaran dan turunkan kos seunit.

Saiz & katalog
Jersi tersedia untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan carta saiz lengkap. Jika anda belum ada rekaan, Tempahbaju.com sediakan katalog design sebagai rujukan. Tambahan pula, kami boleh tambah nama, nombor dan lencana tanpa menjejaskan keselesaan.

Kualiti & teknologi
Penghasilan dibuat dengan mesin beresolusi tinggi. Langkahnya: reka bentuk dimuktamadkan → cetak pada kertas sublimation → heat press ke kain pada kira-kira 230°C → potong laser untuk bentuk tepat → jahit mengikut saiz → QC dan pembungkusan. Hasilnya, warna naik cantik, kemas dan tahan lama.

Cara Tempah (Ringkas)
-
Konsultasi dahulu dengan sale kami, kemudian berikan detail tempahan baju yang nak buat tu.
-
Terima Sebut harga
-
Sahkan & bayar deposit.
-
Terima mock-up dan pengesahan design sebelum ke produksi.
-
Produksi → QC → ambil di showroom atau pos.
Tip Penjagaan
Basuh terbalik, gunakan suhu sederhana dan elakkan pelembut berlebihan. Seterusnya, jemur di tempat teduh untuk mengekalkan warna. Elakkan seterika terus pada cetakan.
Jika anda berminat untuk menempah atau mencari syarikat cetakan baju yang terbaik dan berbaloi, Mafeya mampu menghasilkan untuk anda dengan tawaran yang menarik terus dari kilang. Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi kami di nombor 017-2290994 atau datang ke showroom kami yang terletak di Shah Alam, Selangor. Anda Juga boleh lihat katalog design kami di Bank Design untuk dapatkan sumber inspirasi.
LOKASI SHOWROOM
Team Cetak
32A Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!